WASHINGTON: Wikipedia mogok dengan menggantungkan perkhidmatannya selama 24 jam hari ini, sebagai bantahan terhadap usaha kongres Amerika Syarikat menggubal undang-undang anti-cetak rompak dalam talian yang dikemukakan, baru-baru ini.
Tindakan itu kelihatan apabila pelanggan yang berhasrat menggunakan perkhidmatan wikipedia versi Inggeris, laman muka web maklumatnya akan dipindahkan ke laman paparan berwarna hitam.
Penutupan sementara Wikipedia versi Inggeris itu, ensiklopedia dalam talian yang digunakan pelanggan seluruh dunia adalah sebagai bantahan terhadap Akta Menghalang Cetak Rompak Dalam Talian (SOPA) atau versi Senat dikenali Akta Melindungi Protokol Internet (PIPA) - AFP [1]
Ya, walaupun Wikipedia adalah tidak dibenarkan untuk dijadikan sumber bagi tesis aku dek kerana maklumatnya yang boleh ditambah-buang, tetapi ia juga telah banyak berjasa dalam menyampaikan maklumat umum secara percuma. syaratnya, orang awam itu sendiri perlu menyumbang maklumat itu, bersesuaian dengan topiknya.
Paling aku suka adalah mencari maklumat tentang filem selepas IMDB (Internet Movie Database). Kemudian maklumat umum yang perlu diketahui dengan kadar segera, selalu jugaklah Wikipedia ini dapat menolong, sedikit sebanyak. Jadi, apa yang berlaku di sana taklah aku ketahui secara menyeluruh. Jadi, alam tempoh 24 jam ini, Wikipedia menutup laman webnya demi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, terutamanya warga US, tentunya.
Sumber:
[1] Wikipedia Mogok, http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wikipediamogok/Article



0 komentar:
Post a Comment