VIENNA 9 Nov. - Iran dipercayai telah menjalankan aktiviti untuk mencipta bom atom dan mungkin masih melakukan penyelidikan rahsia, menurut agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan yang dijangka meningkatkan ketegangan di Asia Barat.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menyenaraikan beberapa aktiviti berkaitan pembangunan senjata nuklear, seperti ujian bahan letupan kekuatan tinggi dan pembangunan alat peledak bom atom.
Laporan itu mendedahkan perpecahan di kalangan kuasa-kuasa besar berhubung cara terbaik untuk menangani isu program nuklear Iran.
Amerika Syarikat (AS) mengancam akan mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Teheran tetapi Rusia berpendapat laporan tersebut boleh merosakkan usaha diplomasi.
Laporan IAEA itu menyusuli spekulasi media Israel bahawa rejim Zionis mungkin melancarkan serangan ke atas tapak-tapak nuklear Iran.
Namun Menteri Pertahanan, Ehud Barak semalam berkata, keputusan belum dibuat sama ada operasi tentera akan dilancarkan.
Iran yang berkali-kali menafikan mahu membina senjata nuklear mengutuk laporan IAEA itu sebagai 'berat sebelah' dan 'bermotif politik'.
Duta Iran ke IAEA, Ali Asghar Soltanieh menuduh Ketua Pengarah IAEA, Yukiya Amano terlibat 'dalam permainan yang sangat berbahaya'. - Reuters
Bagi aku, IAEA juga sama seperti AS+S dan si Zionis itu...
Untuk memecah-belahkan umat Islam memang kerja mereka semua.
Dan Iran adalah satu-satunya negara Islam yang belum mereka jahanamkan. Malaysia ? Ughh...kita sudah lama leka dengan hedonisme bangsat yang mereka bawakan kepada kita.
Apa yang mereka akan lakukan ? Pertamanya, mereka akan buat supaya rakyatnya membenci pemimpinnya sendiri. Kerana itulah jarum halus yang paling berkesan untuk menghuru-harakan mana-mana negara, termasuk negara kita. Siapa jarum halus negara kita ? Hehehehe....tahu-tahu sendirilah...
Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm

0 komentar:
Post a Comment