Sesedap sebutan...bukan main sedap sebut.
About Me
- AKMAL_ALIF
- Entah sejak bila, saya rasa nak menulis. Cerpen ? Oh, belum lagi. Novel ? Wooh...belum lagi. Semuanya itu memerlukan kemahiran penulisan yang tinggi. Dan saya, baru nak bertatih. Apalah agaknya medium yang sesuai untuk mengasahnya ? Blog ? Ya, blog. Eeh...untuk berblog juga memerlukan kemahiran penulisan yang baik. Saya suka menulis. Blog, maksud saya. Cerpen dan novel ? Woohhh....
Tuesday, November 22, 2011
LADDU UNTUK PASUKAN MALAYSIA
Tahukah kau orang semua apa itu laddu ?
Laddu adalah makanan tradisi orang-orang India. Rasanya manis. Kalau yang tidak reti memakannya, akan berasa mual. Kebiasaannya laddu sering dihidangkan ketika perayaan mereka, terutamanya Deepavali. Orang-orang tua mereka seolah-olah memberi restu kepada yang muda dengan menyuapkan laddu ke mulut mereka. Begitu juga yang muda sebagai tanda kasih sayang.
Biasa tonton cerita hindustan ? Aha, Aamir Khan menyuapkan laddu kepada sahabatnya Raju dalam filem 3 Idiots dan juga kepada para doktor yang ada di hospital itu sebagai tanda terima kasih kerana usaha mereka menyelamatkan sahabatnya yang satu itu.
Jadi, ini adalah sebagai lambang, tanda terima kasih kita kepada mereka yang telah bersusah-payah, meskipun ada ketikanya kita rasa macam, "Eeeiii..., bengap betullah ! Macam itu pun tak boleh GOL ke...???"
Tetapi, kita sudah menang. Pedulilah apa pun, yang penting kita sudah menang. Walaupun tak pasal-pasal datang sekumpulan manusia yang mereka namakan diri mereka 'doping control' untuk menyusahkan keadaan. Tetapi, kita sudah menang.
Pedulilah apa pun. walaupun mereka menahan bas pemain kita macam tahan bas bantuan makanan bencana alam, tetapi kita sudah menang. Alangkah baiknya kalau mereka ini dihantar ke Palestin untuk bangkit menentang tentera Zionis, saya yakin tentera Zionis pun cuak dengan diorang ini semua. Nak pakai bom apakah untuk meleraikan mereka, mungkin itu nanti perkiraan tentera Zionis. Mereka memang hebat bila bab berkerumun dan memaki-hamun ini. Rasanya tentera Zionis boleh sakit jantung mendengar makian mereka. Contohnya, "Maling merampas tanah Palestin!!!", ataupun "Babisrael !!!!".
Ahah, apa-apa pun, kita sudah menang. Hahaha. Aku ketawa kegembiraan. Dengan semangat kesukanan yang maha tinggi. Err...ada campur dengan marah juga sikit-sikit. Hehehe...
Tiba-tiba aku teringatkan sahabatku ketika kecil Budianto dari tanah sana. Entah apa khabarnya sekarang...
Satu ketika aku berkunjung ke rumah pekerja ladang, aku lihat rumahnya telah kosong. Dia pulang tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada kami. Semoga dia tidak tergolong di dalam orang-orang yang memaki-hamun ini...
Label:
umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 komentar:
Post a Comment