Friday, October 28, 2011

LESAPKAN WANG ZAKAT

JOHOR BAHRU 27 Okt. - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor memohon kerjasama ahli keluarga dan orang ramai yang mengenali dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan di negeri ini.

Pemangku Ketua Jabatan itu, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki pertama yang dicari ialah Redzuan Mohd. Said, 28, pemegang kad pengenalan bernombor 830803-01-5859 dan beralamat terakhir di Nombor 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan diperlukan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

"Suspek dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai amil fitrah bagi kawasan Kulaijaya dan telah membuat kutipan zakat sebanyak RM18,000 tetapi gagal menyerahkan kembali wang kutipan tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Sabit kesalahan, ujarnya, boleh dipenjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Sementara itu, suspek kedua yang dicari pula adalah Mohd. Syafiq Ram Abdullah, 40, (kad pengenalan 711204-07-5591) dan beralamat terakhir di Nombor C3-02-02, Kediaman Pegawai Tentera RKAT, Jalan Indah Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Ujarnya, suspek diperlukan bagi membantu siasatan bersabit tiga kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Suspek menawarkan kepada mangsa penjualan kereta baru yang berharga lebih murah daripada harga pasaran. Setelah mangsa membuat pembayaran, suspek tidak dapat menyerahkan kereta berkenaan dan menghilangkan diri," katanya.

Kata beliau, sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kedua-dua lelaki ini diminta menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya di talian 07-6632222 sambungan 6436.

Dukacitanya, saya mengenali si amil yang tidak menyerahkan wang zakat itu. Untuk pengetahuan, dahulunya dia merupakan imam di masjid tempat tinggal saya. Akan tetapi, awal tahun ini saya difahamkan yang dia tidak lagi menjadi imam di masjid setelah bertanya kepada penduduk setempat. Memandangkan saya pulang seminggu sekali, jadi saya tidak berapa tahu cerita di masjid. Sehingga petang tadi, saya terperanjat apabila melihat wajah suspek di surat khabar. Aduhai, takkanlah orang ini ? Kata hati kecil saya.

Tapi, memandangkan polis sudah mencarinya, maka itulah dia. Tiba-tiba hati jadi kurang enak. Yalah, apabila kita dapat tahu orang kita kenal sebagai orang baik-baik, kemudian diburu polis kerana pecah amanah, kita berasa amat sedih.

Saya terfikir, bagaimana keadaan anak isterinya...?

Sumber:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_03.htm

*UPDATE*


JOHOR BAHRU 29 Okt. - Bekas imam sebuah masjid di Kulaijaya yang menyerah diri kepada polis semalam bagi membantu siasatan kes penipuan wang zakat fitrah, kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut kes itu sebelum kertas siasatannya diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

"Setakat ini keterangan daripada suspek telah diambil dan sebaik sahaja kertas siasatan siap kita akan serah kepada DPP bagi tujuan pertuduhan di mahkamah," katanya di sini, hari ini.

Kelmarin, akhbar melaporkan bekas seorang imam yang dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri Johor (MAIJ) sebagai amil fitrah bagi kawasan Kulaijaya didakwa gagal menyerahkan kembali kutipan wang zakat, RM18,000 tahun lalu.

Suspek yang berusia 28 tahun dan sudah berumahtangga menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya semalam, selepas dipujuk ahli keluarga setelah wajahnya disiarkan di televisyen dan akhbar.

Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun.

Sumber:


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm

0 komentar: