Monday, August 22, 2011

TAKUT KE...???

Negara kau boleh sesuka hati menahan rakyat negara lain bertahun-tahun dengan alasan terrorisme. Apabila rakyat kau ditahan kerana masuk secara haram dan mengintip negara orang lain, kau kata kau 'sangat kecewa' ? Ini Hillari Clinton sangat bangsat orangnya. Jangan lekas percaya dengan apa yang dikatanya. Orang lelaki kalau memutar-belit memang dahsyat. Tapi kalau seorang perempuan macam Hillari memutar-belit, lagilah sangat dahsyat.




WASHINGTON 22 Ogos - Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton semalam berkata, beliau 'sangat kecewa' dengan hukuman penjara lapan tahun yang dikenakan kepada dua rakyat Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa mereka tersesat ke Iran.

"Kami (AS) sangat kecewa dengan pihak mahkamah Iran yang menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada Shane Bauer dan Joshua Fattal. Kami bersedia untuk menghubungi dan berusaha membebaskan mereka berdua supaya dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing," katanya.

Hakim mahkamah Tehran, Abbas Jafari Dolatabadi semalam mengesahkan Iran telah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap dua rakyat AS itu atas kesalahan memasuki negara itu secara haram dan mengintip.

Bauer dan Fattal, kedua-duanya berusia 29 tahun, ditahan dengan seorang lagi rakyat AS, Sarah Shourd, 32, di sempadan Iraq-Iran pada akhir Julai 2009, namun Shourd dibebaskan atas masalah kesihatan pada September tahun yang sama dan dibenarkan pulang ke AS.

Washington dengan tegas menafikan tuduhan Tehran yang mengatakan mereka bertiga adalah perisik dan berulang kali meminta Iran membebaskan Bauer dan Fattal. - AFP [1]

Takut ke ?
Ptuih !

Sumber:

[1] Washington kecewa tindakan Iran penjara 8 tahun dua rakyat AS, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

0 komentar: