Saturday, August 27, 2011

INI PEREMPUAN MENYUSAHKAN MAK BAPAK


PADANG SERAI 26 Ogos - Seorang gadis berusia 21 tahun dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu. 

Gadis berkenaan Norshahira Mohd. Rasul dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani.

Setelah gagal menjejak anaknya, bapa gadis berkenaan Mohd. Rasul Kassim membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan sehari selepas itu.

Ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini, Mohd. Rasul yang bekerja sebagai pemandu bas kilang berkata, mereka amat risau kerana menurut maklumat daripada polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira mengikut lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos lepas.

Mohd. Rasul berkata, sejak Aidilfitri tahun lalu setelah dia mengetahui Norshahira, yang pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kawasan Industri Padang Meha di sini, menjalin perhubungan dengan lelaki Nepal, juga pekerja di kilang yang sama, dia telah menasihat dan menghalang anaknya daripada meneruskan perhubungan itu.

Beliau juga mendapat maklumat daripada rakan sekerja lelaki Nepal yang dikenali sebagai Imthias Khan, 24, bahawa permit kerjanya telah tamat tempoh dan dia terpaksa pulang ke negaranya sebelum dapat menyambung semula permitnya untuk bekerja semula di negara ini.

Isteri Mohd Rasul, Siti Fatimah Jasin, 46, pula amat risau akan masalah kesihatan yang dideritai Norshahira, anak kedua daripada enam beradik, yang pernah menjalani pembedahan kecil akibat apendiksnya pecah beberapa tahun lalu.

Fatimah memohon sama ada Kelab Putera 1Malaysia atau Pergerakan Pemuda Umno membantu keluarganya mengatasi masalah yang dialami keluarganya itu kerana untuk menyelesaikannya sendiri mereka amat kesuntukan kewangan selain komunikasi. - BERNAMA
Alalalalala...kenapalah dengan kau ini, cik adik...???

Kau ingat dengan membuat mak ayah kau risau di sini, kau akan bahagia dengan lelaki Nepal itu ? Dia datang sini merempat susah payah nak bekerja di negara orang, yang kau jadi bengap pergi lari ikut dia balik Nepal buat apa ???

Aku kata bodoh, kau marah. Kau kata cinta tidak mengenal paras rupa dan bangsa. Tapi masalahnya cinta kau menyusahkan mak dan ayah kau.

Tengoklah ibu kau sampai bersusah payah begini nak memohon bantuan orang  untuk bawa kau balik. Tak kasihan ke ? Kan sudah banyak kes perempuan kita ikut lari orang lain. Kemudian, menangis-nangis nak balik ke pangkuan ibu bapa. Paling popular kisah perempuan kita ikut lelaki Lombok. Cinta Lombok, kata mereka. Alahai...

Kau baliklah. Kerana Tuhan tak akan meredhai cinta kau kalau sampai kau melukakan hati ibu dan ayah kau...

Ingat atau tidak kisah perempuan kita yang hidup melarat di negara orang kerana rupa-rupanya kekasihnya itu miskin di negaranya ?? Dah tahu susah, baru sibuk menangis nak balik ke Malaysia, ke pangkuan IBU dan AYAH.

Rupa-rupanya ketaatan kepada ibu dan ayah itu ada hikmahnya... selagi mana mereka tidak menyuruh kita berbuat perkara maksiat.

Saya tidak bermaksud menghina orang miskin. Tetapi ini soal kewarasan para perempuan seperti ini saat terpedaya dengan janji manis orang asing yang entah apa latar belakang hidupnya. Berhati-hatilah.

Selamat hari raya aku ucapkan kau di negara orang, dengan nada yang sinis.


*UPDATE:


KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kedutaan Nepal sedia membantu menjejaki gadis Malaysia yang dilaporkan lari mengikut teman lelaki warga Nepal ke Kathmandu, jika laporan mengenainya dibuat di kedutaan berkenaan Isnin ini.

"Jika ada sesiapa datang ke kedutaan Isnin ini untuk memberi butiran mengenai lelaki itu seperti nombor pasportnya, kami akan berbincang dengan pihak berkuasa di Kathmandu,” kata Duta Nepal ke Malaysia Dr. Rishi Raj Adhikari kepada pemberita pada majlis mempromosi Tahun Melawat Nepal 2011 di sini hari ini.

Laporan Bernama menyebut Noshahira Mohd Rasul, 21, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di Padang Serai, Kedah, dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos.

Menurut maklumat polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira dan lelaki Nepal itu yang dikenali sebagai Imthias Khan, 24, menaiki pesawat dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos.

Dr. Adhikari juga mengingatkan warga Nepal yang bekerja di Malaysia agar tidak menjalin hubungan romantik dengan penduduk tempatan bagi mengelak kesulitan di masa depan. - Bernama

0 komentar: