JOHOR BAHRU: "Tolonglah selamatkan saya!" Itu rayuan pengawal keselamatan yang semalam didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan membunuh seorang gadis, Nurrahayu Qomarodin, 16 (atas), yang mayatnya dijumpai dikerat dan dibakar dalam kejadian di Masai, dekat sini 18 Jun lalu.
D Kalaiselvan, 46, didengar berkata demikian dalam bahasa Tamil kepada isterinya ketika dia yang dikawal anggota polis dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding.
Lelaki itu yang mempunyai lapan rekod jenayah dituduh membunuh Nurrahayu di ladang sawit Sungai Masai dekat Jalan Masai-Kong Kong, Masai, antara jam 2.30 pagi hingga 2.50 pagi 18 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
![]() |
| D.Kalaiselvan yang yang didakwa membunuh Nurrahayu |
Pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan mengangguk tanda faham pertuduhan terhadapnya yang dibacakan dalam bahasa Tamil. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor.
Mahkamah menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes terbabit sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa dari Hospital Sultan Ismail (HSI) dan laporan DNA dari Jabatan Kimia.
Tertuduh memakai kemeja warna biru muda serta berseluar pendek hitam paras lutut, tidak diwakili peguam manakala keluarga mangsa melantik Khairul Azwad Sariman sebagai peguam pemerhati bagi pihak mereka. Isteri Kalaiselvan turut hadir sendirian di mahkamah.
Nurrahayu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti hilang selepas dihantar pulang rakan lelakinya kira-kira jam 2 pagi pada 18 Jun lalu dan diturunkan di tapak pembinaan berhampiran kongsi tempat ibu bapanya mengusahakan warung.
Polis yang menerima laporan kehilangan gadis itu kemudian menemui beberapa anggota badan dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan di Masai dan Ulu Tiram pada 3 Julai lalu sebelum mengesahkan ia milik mangsa.
Di Malaysia ini, entah berapa ramai manusia yang berjiwa 'cannibal' seperti ini, yang sanggup mengerat-kerat mayat manusia yang telah dibunuh. Mujur sahaja dia tidak makan mayat itu demi mengelakkan dirinya daripada ditangkap. Pun begitu, katalah masih ada sisa tulang yang kemudiannya turut dibakar, percayalah, kita punya teknologi yang dapat mengesan asal-usul sesuatu benda biarpun ianya telah dibakar hangus.
Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Nurrahayu Qomarodin.


0 komentar:
Post a Comment