Sunday, July 10, 2011

PERHIMPUNAN

Pada tahun 2010, di London, berlakunya perhimpunan besar-besaran yang menuntut kerajaannya untuk tidak menaikkan yuran pengajian.

Pada tahun 2011, di Malaysia, berlakunya perhimpunan besar-besaran peringkat nasional di mana para manusia di dalamnya khabarnya menuntut beberapa perubahan. Salah satu daripadanya ialah supaya SPR mengadakan pilihanraya yang telus.


Sebahagian daripada papan tanda yang akan digunakan mereka yang berarak dan memprotes.


Sebahagian daripada peserta perhimpunan di Malaysia dengan T-shirt 'rasmi' perhimpunan.


Salah seorang pemprotes dengan gagah beraninya berhadapan dengan Polis London (barangkali selepas itu beliau melompat ke atas polis seperti penyanyi melompat dari pentas ke atas peminatnya)

Salah seorang pemprotes di Malaysia yang cuba berkonfrontasi dengan polis. Entah apa yang dikatakannya ketika itu.

Mereka yang berarak di London dengan sepanduk dan papan tanda mereka. Kelihatan jelas ada peserta yang masih tersenyum girang. Ya, kadang-kadang kita amat teruja bila menyertai perhimpunan semacam ini. Percayalah.

Ya, tidak terkecuali juga yang berpurdah di Malaysia. Kelebihan buat mereka kerana kalaulah mereka ditahan, paling kurang wajah mereka tidak kelihatan di mana-mana akhbar.

Polis London merempuh para pemprotes dengan kuda.

Polis Malaysia main sembur-sembur dengan para pemprotes.

Seorang pemprotes ditahan polis London.

Seorang pemprotes ditahan polis Malaysia

Polis London menggunakan 'kemahiran' mereka menangkap penjenayah untuk menahan pemprotes.

Polis Malaysia juga berkemahiran dalam menggunakan taktik menangkap penjenayah untuk menahan pemprotes.

Yearghh...polis London mara ke hadapan dengan penuh semangat...

Ya, paling kurang pun, kita tidak ada babak bakar-membakar kali ini.
 
Apakah yang kita peroleh daripada perkara sebegini ? 

Kita perbanyakkanlah berdoa supaya kita tidak perlu lagi mengulang perkara sebegini. kalau hal semacam ini berlaku lagi, ertinya kita masih tidak mahu berubah. Baik di pihak penyokong mahupun pembangkang.Sama saja.

Ketelusan yang kita cari, panduannya hanya terdapat di dalam Al-Quran dan itrah keluarga baginda Muhammad s.a.w. Justeru, para ulamalah yang sewajarnya memainkan peranan yang amat penting dalam menasihati pemerintah. 

Kita ambillah contoh Imam Malik r.a. yang mendekati pemerintah supaya beliau dapat menegur dan menasihati mana-mana kesilapan yang dilakukan pemerintah. Meskipun pada ketika itu, ramai ulama tidak mahu bersekongkol dengan pemerintah lantaran mereka khuatiri akan terjebak dengan istilah 'berhutang budi' sehingga fatwa dan hukum mereka terpaksa tetapkan sesuai dengan kehendak pemerintah. Sehinggakan satu ketika, Imam Nawawi r.a. pernah dihalau pemerintah dari negerinya kerana Imam Nawawi r.a. tidak mahu berfatwa mengikut kehendak pemerintah. Namun, Imam Malik r.a. dengan tenang memilih jalan mendekati pemerintah kerana beliau percaya dan yakin, siapa lagi yang dapat menasihati pemerintah melainkan ulama. Pun begitu, si pemerintah juga wajib meningkatkan pengetahuan mereka dalam ilmu agama supaya kelak apa-apa keputusan yang mereka buat dalam memerintah, mereka buat dengan istikharah, bukan dengan semata-mata nafsu.

Ingatkah lagi kalian akan peristiwa penentangan Saidina Hussein r.a. terhadap Yazid bin Muawiyah. Kenapa sampai begitu bersusah payah beliau bertindak demikian sehingga bercerai kepala beliau dari badan ?

P/s: Tiba-tiba saya teringat pada Bobby Sands. Sekurang-kurangnya beliau tidak terlibat dengan skandal seks dan liwat...

P/s/s: Kredit untuk Hembusan untuk pautan gambar-gambar dari blog beliau
 

1 komentar:

Anonymous said...

aku suka yg ni...xyah la nk wt perhimpunan yg ntah pape 2..ni polotik anwar semata2...