Friday, May 28, 2010

UNDANG-UNDANG SYARIAH DI ACEH

Itu baik sekali. Pada hemat saya.

Yalah, kita tahu benar tidak ramai yang akan gembira kerana segala-galanya akan dipantau dengan ketat.


MEULABOH Indonesia 27 Mei - Dalam usaha menguatkuasakan undang-undang Syariah, daerah Aceh Barat di Indonesia hari ini mula mengedarkan skirt labuh dan longgar kepada wanita-wanita yang ditahan kerana memakai seluar jean ketat.

Wilayah paling barat di Aceh itu merupakan satu-satunya daerah yang mengamalkan undang-undang Syariah di negara yang dihuni paling ramai penganut Islam di dunia.

Parlimen tempatan sebelum ini meluluskan undang-undang kontroversi September lalu yang membenarkan golongan dewasa yang didapati melanggar undang-undang Syariah yang berkaitan direjam dengan batu hingga mati.

Pasukan polis Syariah Aceh Wilayatul Hisbah yang mula melaksanakan serbuan ke atas pasangan yang belum berkahwin, individu yang berjudi dan mabuk, hari ini mengadakan satu sekatan jalan raya bagi memeriksa kereta-kereta dan bas-bas bagi menahan wanita yang memakai seluar ketat.
Pesalah akan dibawa ke sebuah pos keselamatan dan butiran peribadi mereka akan direkodkan.
Mereka juga akan diberi penerangan ringkas tentang undang-undang Syariah dan diarah memakai satu daripada 20,000 helai skirt labuh yang ditempah daripada tukang jahit di Jakarta.

Pesalah juga diminta menandatangani satu perjanjian agar tidak mengulangi kesalahan mereka.
Pemerintah Aceh Barat, Ramli Mansyur berkata, peraturan tersebut diperkenalkan kerana beliau 'malu dengan gaya pemakaian di Aceh yang terlalu terbuka'.

Polis Syariah akan mengambil masa beberapa bulan untuk mendidik rakyat tempatan tentang undang-undang baru tersebut.

Ramli berkata, selepas Ogos ini, pesalah terbabit boleh dikenakan hukuman penjara seminggu.
Walaupun kebanyakan wanita mematuhi arahan memakai skirt berkenaan, sebahagian daripada mereka tidak begitu gembira.

"Saya tahu saya memakai seluar jean, tetapi ia adalah seluar panjang dan longgar. Saya juga tidak kelihatan seperti lelaki," kata seorang suri rumah, Imah, 40, apabila ditahan dan diarah memakai skirt. - Reuters [1]
Saya fikir, dalam keadaan Malaysia tengah pening kepala dengan gejala buang bayi, zina, rogol dan khalwat, tindakan tegas Aceh ini boleh dirujuk sebagai panduan.

Oop...saya lupa, di sini ada gerakan yang tidak suka undang-undang syariah ditegakkan...

Rujukan:

[1] Aceh Edar Skirt Labuh Untuk Wanita Islam, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_03.htm

1 comment:

Anonymous said...

Hehehe... dalam hal sdr da di du mau bersikap neutral.. sempat juga sdra menyindir...